'M@T@MAYA'

My photo
"Many a night I saw the Pleiades, Rising through the mellow shade." - Tennyson

Thursday 8 August 2013

151. BERSEMINYA CINTA DI KOTA AL-JIZAH

(Credit & appreciation to the owner of this picture)

Terlintas dalam fikiran ku
ketika engkau ucapkan kepada ku 
serangkai puisi indah dan syahdu
hatiku terpaut didahan rindu

Teringat ku senyuman manis mu
ketika kau membelai sebelah pipiku
di bawah rembulan bercahaya biru
airmata menitis kerana ku terharu

Termeterailah suatu janji
di antara dua insan yang berani
merentas lautan cinta yang suci
berjanji bersama sehidup mati

Di kota bersejarah Kota Al-Jizah
kau lafazkan cinta yang kian indah
membelai kalbu ku yang menjadi lemah
dan aku menyerah kalah

Bersaksikan tugu yang berkurun usianya
di bawah sinaran bulan purnama
berhadapan dengan piramid yang tua
kita seumpama pinang dibelah dua

Begitulah kisah sepasang insan
yang terpaut di dahan percintaan
dan berjanji hidup sering jalan
hingga ke akhir hayat berteman

- © M@t@Maya (08-08-2013)